CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 18, 2008

LINTAH PERUBATAN (HIRUDO MEDICINALIS)




  • Secara kasar, cuma 600 spesis lintah sahaja yang telah dikenal pasti hingga kini, tetapi hanya 15 jenis sahaja yang digunakan dalam perubatan.
  • Lintah yang dikelaskan sebagai lintah perubatan, Hirudo Medicinalis, telah lama digunakan untuk merawat pesakit berabad lamanya.

  • Kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu. Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan darah) Kesan dari bahan aktif biologi keatas organisma hidup:
  • menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari
  • kesan anti-inflamasi yang amat cepat
  • kesan anti stress dan adaptonege
  • kesan immunostimulating dan immunomodulating
  • anesthesia
  • anti pembekuan
  • kesan anti bacteria
  • membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan mekanisma ini mempunyai karaktor setempat dan menyeluruh



MAKLUMAT LINTAH



  • Penggunaan lintah dalam rawatan perubatan adalah salah satu sejarah perubatan paling lama telah direkodkan.
  • Penggunaannya boleh didokumenkan sehingga zaman keunggulan pemerintahan Mesir.
  • Penggunaan lintah perubatan menjadi satu cabang utama dalam amalan perubatan moden.
  • Para penyelidik dan pakar bedah sangat tertarik dengan kelebihan terapi lintah sebagai aplikasi untuk memulihkan pengaliran darah dalam venus setelah menjalani pembedahan kosmetik dan pembedahan penjanaan semula.
  • Kebanyakan lintah memiliki penghisap di bahagian hujung badannya untuk berpegang pada perumah ketika makan. Sesetengah lintah memiliki organ penghisap yang dimasukkan untuk menghisap keluar cecair.



  • Air liur mereka mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu setempat.
  • Lintah mempunyai bacterium Aeromonan hydrophila. Bacteria ini digunakan oleh lintah untuk mencerna darah dan ia sebenarnya menhasilkan bahan antibiotic untuk membunuh bacteria lain yang mungkin menyebabkan pembekuan.

Slide 1

FAKTA LINTAH


  • terdapat 650 spesis lintah
  • lintah terbesar dijumpai berukuran 18 inci
  • lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia
  • tidak semua lintah adalah penghisap darah.kebanyakkannya adalah pemburu yang memakan cacing tanah dan lain-lain.
  • Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius
  • Lintah Hirido menyuntik anti pembekuan serum ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah
  • Lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri
  • Lintah akan memgembang sendiri sehingga 5 kali berat badannya
  • Lintah pertama yang digunakan dalam perubatankira-kira pada 1000 sebelum masihi. Kemungkinan ketika India purba
  • Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gaut
  • Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusia
  • Lintah boleh menggigit walaupun pada paha badak air yang tebal

Monday, November 17, 2008

APA ITU BEKAM (Al-Hijamah)



Teknik pengobatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksid-racun yang berbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit.




















Toksin ini berada pada hampir setiap orang. Toksin – toksin ini berasal dari pencemaran udara, maupun dari makanan yang banyak mengandung zat pewarna, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun sayuran dll.



Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh manusia, sebab itu banyak toksid / racun berkumpul .



Dengan berbekam dapat membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh manusia. Inilah salah satu DETOKSIFIKASI (proses pengeluaran toksid / racun) yang sangat berkesan / mujarab serta tiada kesan sampingan.




Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh / badan serta memberi seribu harapan pada penderita untuk terus berikhtiar mendapat kesembuhan.

BEKAM BERKESAN CEGAH PENYAKIT

Keinginan untuk hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan
pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu.











































RAWATAN BEKAM AMALAN RASULULLAH SAW

“Orang Cina berbangga dengan akupuntur dan India dengan Ayurveda, tetapi orang Islam? Tidak ada apa yang boleh dibanggakan hingga saya mengetahui bahawa bekam sebenarnya diamalkan oleh Rasulullah.


“Malah, dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi menyatakan ketika Nabi Muhammad dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda menemui malaikat yang menyuruh umat Islam menggunakan bekam untuk tujuan kesihatan,” katanya.


Katanya, Nabi Muhammad juga diriwayatkan berbekam di atas kepala dan antara dua bahu, sekali gus menunjukkan berbekam mempunyai banyak manfaat.

DALIL-DALIL BERBEKAM

Hadis Rasulullah S.A.W:"jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya."HR Malik

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berbekam di dalam keadaan baginda berihram dan berpuasa. “-Riwayat Muslim